Aug 10, 2024 - FASSelangor FC meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Super 2024/25 hari ini menentang Kelantan Darul Naim pada jam 5:30 petang.
Secara peribadi, Reziq Banihani, pemain import Selangor FC, mahu terus mempamerkan aksi cemerlang buat para penyokong.
“InshaaAllah, kami sudah bersedia untuk perlawanan hari ini selepas semua persiapan dan perancangan yang dijalankan oleh barisan jurulatih. Saya dan rakan sepasukan menghormati semua pasukan yang kita bersaing kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak boleh kita pandang rendah. Bagi saya sendiri, saya ingin mencapai lebih dan lebih baik dalam setiap perlawanan, dan InshaAllah, saya akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini nanti,” semangat penyerang berusia 22 tahun ini.
Bagi keberadaan pemain, Mukhairi Ajmal masih menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan di bahagian Hamstring. Selain beliau, semua pemain berpeluang tersenarai dalam 20 pemain untuk perlawanan petang ini.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan kekal pamerkan aksi yang terbaik untuk perlawanan petang ini. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!